Christina Suzanne
BINTANG ini pernah mengalahkan nama-nama besar dalam industri termasuk Nora Danish dan Lisa Surihani apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013.
Menerusi filem KIL, bekas pramugari ini berjaya membawa namanya di tahap yg tersendiri walaupun berdepan dengan saingan sengit dalam industri seni.
Pun begitu, dalam melayari suka duka industri sepanjang penglibatan seni sejak 2006, pastinya ada kontroversi yg menghambat diri pemilik nama sebenar, Cristina Suzanne Stockstill, ini.
Selain kontroversi putus tunang, Cristina yang turut menggunakan nama, Kris Cempaka, ini juga turut berdepan dengan kontroversi lain apabila dia dikatakan semakin demand dan sukar memberikan kerjasama kepada media.
Pantas menyangkal dakwaan itu, Cris memberitahu bahawa pendiriannya itu bukanlah kerana demand atau sukar memberikan kerjasama, namun lebih kepada berhati-hati dalam berkongsi cerita.
"Sekiranya tiada perkembangan seni yg ingin dikongsi, saya agak berat untuk bertemu media.
"Saya bukan susah nak beri kerjasama, apatah lagi demand kerana saya sedar, saya bukanlah popular mana. Namun, saya lebih utamakan karier kerana tidak mahu anak cucu saya hanya tahu mengenai kontroversi diri saya sahaja," kata wanita kacukan Melayu-Jerman ini.
Turut tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita, di Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Cris enggan meletakkan harapan tinggi untuk menang.
"Saya akan hadirinya tanpa apa-apa harapan. Menang atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya yg bakal muncul dalam telefilem terbitan Al Hidayah Production, Mr Istikharah, sempena sambutan Maal Hijrah pada 25 Oktober depan.
0 Komentar untuk "TERKINI Christina Suzanne semakin 'demand'?"