malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Bapa Pramugari Terkejut Pesawat MH17 Kena Tembak

Keluarga pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31,(gambar) yg dilaporkn terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalm pesawat berkenaan.


Bapa Pramugari Terkejut Pesawat MH17 Kena Tembak

Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yg menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana selain pihak MAS yg turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam Khamis.

Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baru sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp.

"Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkn gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria.



"Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepda pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di sini.

Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalm pesawat MH17 yg terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkn sebuah pesawat Malaysia yg membawa 295 orng terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.



MAS dalm tweet terbaharunya menyatakn ia telah terputus hubungan dngan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.

Mohamed Salleh berkata beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas.

Beliau berkata keluarganya akn menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak.

Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil.

0 Komentar untuk "TERKINI Bapa Pramugari Terkejut Pesawat MH17 Kena Tembak"
Back To Top