malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA Komander Pemberontak Ukraine Dakwa Tembak Jatuh Pesawat

 Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yg terhempas dekat sempadan Russia.


Komander Pemberontak Ukraine Dakwa Tembak Jatuh Pesawat

Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yg disangkakn sebuah pesawat pengangkut Ukraine yg besar.

"Kami baru menjatuhkn sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yg sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.



Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yg dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan.


"Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di 'langit kami'," kata Strelkov dalm satu pos.

"Dan ini video yg mengesahkn 'burung itu jatuh'," katanya dalam satu pos lain.



Dalam pada itu, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yg dilaporkn terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan.







Ketua pemberontak Ukraine Igor Strelkov
Dalam kenyataan dari Geneva, persatuan syarikat penerbangan itu menyatakn: "Berdasarkan maklumat semasa yg diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yg direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan."



"Kami mengucapkn takziah kepda keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal MH17," kata IATA.

Media asing melaporkn sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yg membawa 295 orng terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.



Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkn tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya.



#MH17 dipercayai ditembak jatuh menggunakn peluru berpandu BUK Surface -to-air yg mempunyai keupayaan menembak jatuh pesawat setinggi 75,000 kaki. MH17 dipercayai berada sekitar 33,000 kaki ketika kejadian.

0 Komentar untuk "SEMASA Komander Pemberontak Ukraine Dakwa Tembak Jatuh Pesawat"
Back To Top