malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Kiki Kini Di Tahan Polis, Bantu Siasatan

 Polis menahan wanita yg bertindak keterlaluan terhadap seorng warga emas selepas terbabit dalm kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Kiki Kini Di Tahan Polis Bantu Siasatan

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yg lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepda hasil siasatan.

"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkn harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukn ugutan jenayah.

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untk memanggil beberapa saksi lain untk membantu siasatan," katanya.

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untk memberi keterangan berhubung kejadian itu dngan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya.

0 Komentar untuk "BERITA Kiki Kini Di Tahan Polis, Bantu Siasatan"
Back To Top