malaynews1. Powered by Blogger.

SEMASA Kes Ayam Tebuk, Giant Akan Siasat

Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yg disebar secara meluas dalm internet menunjukkn terdapat kesan tebuk pada leher ayam yg didakwa dijual pasar raya itu yg dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.


Kes Ayam Tebuk, Giant Akan Siasat

Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya amat mengharapkn pengirim gambar itu tampil memberikn maklumat bagi membantu siasatan.

“Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebook tetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkn melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkn pembalut ayam itu yg mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkn siasatan.

Ujarnya, Giant juga melakukn pemeriksaan terhadap semua pembekal yg membekalkn ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan  ditetapkn.

“Kami tidak mahu ada masalah dngan mengambil ayam yg tidak disembelih dngan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam," katanya.

Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikn ada pasar raya menjual ayam yg tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yg dijual adalah halal dan mematuhi syarak.

“Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yg sah dan tidak ada sebarang keraguan yG timbul," katanya.

Tag : Giant, Siasat, Tebuk
0 Komentar untuk "SEMASA Kes Ayam Tebuk, Giant Akan Siasat"
Back To Top