malaynews1. Powered by Blogger.

ISU Kakak Kapten Zaharie Tampil Bela Adik

Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankn adiknya dari terus didakwa sebagai individu yg bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.


Kakak Kapten Zaharie Tampil Bela Adik

Sakinah Ahmad Shah yg selama ini memilih langkah untk berdiam diri dngan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dngan kehilangan MH370 memilih untk bersuara menerusi satu temubual dalm program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yg merancang semua ini mestilah seorng yg cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akn ada individu yg sanggup memanjangkn masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untk melakukn misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorng lelaki yg terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskn masa dan duit dngan membeli model-model kapal terbang.

"Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu menunjukkn bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya menerusi temubual tersebut.

Persoalan demi persoalan mula dibangkitkn sejak kehilangan MH370 menjadi sebuah misteri sehingga membabitkn kerjasama dan siasatan yg melibatkn 26 buah negara berbeza.

Juruterbang pesawat tersebut, Zaharie turut menjadi suspek utama bagi insiden kehilangan kapal terbang itu.

MH370 yg membawa 239 penumpang termasuk anak kapalnya hilang sejak 8 Mac lalu dan usaha bagi mengesan pesawat tersebut masih dijalankn sehingga kini.

Related Post:

0 Komentar untuk "ISU Kakak Kapten Zaharie Tampil Bela Adik"
Back To Top