malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Sarah Raisuddin Kuruskan Badan Agar Suami Selesa Pandang


Sarah bersyukur matlamatnya mahu kurus berjaya.

Penyanyi Sarah Raisuddin mengakui cukup berdisiplin dalm menurunkn berat badan sebanyak 26 kilogram (kg) semata-mata mahu suaminya, Shuib (Sepah) senang melihatnya.

Sarah, 31, berkata, sebagai seorng isteri, dia enggan memiliki tubuh badan yg besar sehingga membuatkn suaminya itu kurang selesa dan kerana itu dia sanggup menurunkn berat dari 78kg hinggalah ke 48kg.

"Sebenarnya suami tidak kisah pun cuma saya yg rasa tak senang hati. Tetapi saya mahu apabila suami pulang daripada kerja, sedap sedikit mata memandang melihat saya.

"Bayangkn pernah sekali saya mencuba sepasang baju yg pernah dipakai sebelum ini dan ianya langsung tidak muat.

"Sejak dari hari itu saya meminta izin suami mahu menurunkn berat badan, dan Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat badan seperti yg diinginkn," katanya kepada mStar Online.


Siti Sarah Raisuddin

Tambah Sarah, dia juga mengamalkn pengambilan makanan sihat dngan mengelak makanan berminyak dan bergula selain mengambil buah avacado sebagai makanan tambahan.

Dalam perkembangn lain, Sarah berkata dia bakal merakamkn single lagu terbaharunya dan akan dilancarkn pada tahun ini.

"Ramai yg tanya bila nak ada lagu baru? Tetapi sekarang ini saya banyak menghabiskan masa dngan keluarga.

"Anak-anak pun makin membesar dan mereka perlu mendapat perhatian lebih daripada saya. InsyaAllah saya akan ke studio dalam tidak lama lagi bagi merakamkn single lagu baru saya," tuturnya.



Sarah kini mempunyai dua orng anak iaitu Uwais Alqarni, 6 dan Dzahira Talita Zahra, setahun.


 

0 Komentar untuk "ARTIS Sarah Raisuddin Kuruskan Badan Agar Suami Selesa Pandang"
Back To Top