malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Adam Corrie Lee: Sampai Kiamat Pun Tak Habis



BENARLAH kata orng, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yg mendorong di belakang. Begitu jugalah situasi yg dialami oleh pelakon dan koreografer, Adam Corrie Lee.

Aktor berusia 45 tahun itu banyak berhutang budi kepada isterinya, Fazema Mohd Fuad lantaran sering mengajaknya ke majlis ilmu selain berusaha membimbing dirinya ke arah yg lebih baik.

Jelasnya, biarpun dia adalah khalifah dalm keluarganya, namun perkara itu tidak menjadi satu hal yg berbangkit buatnya.

"Isteri adalah individu yg banyak membimbing dan mengajar saya. Soal siapa yg membimbing, itu bukanlah persoalannya. Apa yg penting adalah usaha kita hendak belajar.

"Inilah kelebihan ilmu ALLAH SWT," katanya ketika ditemui selepas sidang media Fitrah Ramadan 2014, baru-baru ini.

Adam yg memeluk Islam sejak 2007 memberitahu, sebagai inisiatif dalm mendalami ilmu Islam, dia menyertai Usrah Fitrah sejak dua tahun lalu.

"Sepanjang tempoh dua tahun di Usrah Fitrah, pelbagai perkara berkaitan agama yg saya pelajari dan saya masih lagi belajar.

"Terlalu banyak ilmu ALLAH SWT yg perlu dipelajari. Lagi pun, belajar ilmu ALLAH SWT ini, sampai kiamat pun tidak akan habis! " tegasnya.



Pada masa sama, Adam turut berdakwah dngan mengajak selebriti lain menyertai Usrah Fitrah.

"Jika saya ke set penggambarn, saya tidak lupa mengajak artis-artis lain menyertai Usrah Fitrah.

"Ini kerana, banyak manfaat yg boleh diperoleh. Malah, saya puas hati dngan perkhidmatan yg diberikn.

"Alhamdulillah, setakat ini walau sesibuk mana pun saya, saya akan cuba meluangkn masa untk menghadiri kelas di Usrah Fitrah,” katanya.

Kesal difitnah sebagai ahli Pas

Dalm pada itu, Adam turut meluahkn rasa kesalnya apabila ada stesen televisyen (TV) swasta menyenaraihitamkn namanya gara-gara dia dikatakn sebagai ahli Pas.

"Saya ingin menjelaskn yg saya bukanlah ahli Pas atau parti politik lain. Saya cumalah seorang pelakon.

"Gara-gara saya kerap dilihat dngan berpakaian jubah dan berkopiah, ada yg mengatakn saya kononnya ahli Pas.

"Akibatnya, saya terus digam oleh stesen TV," katanya.

Menurutnya, tuduhan itu sekali gus menimbulkn rasa ketidakpuasan hatinya.

"Mengapa saya terus digam? Mengapa tidak bertanya kepada saya dahulu?.

"Kejadian sebegini bukan baru sekali dua berlaku sebaliknya sudah banyak kali terjadi. Bahkan, produk saya turut mengalami nasib yg sama.

"Sekali lagi, ingin saya tegaskn, saya bukan ahli Pas, tapi saya always pass and never failed," katanya.

Tambahnya, keadaan ini turut menyebabkn dia kurang menerima tawaran lakonan namun, berserah semuanya kepada ALLAH SWT.

 

0 Komentar untuk "ARTIS Adam Corrie Lee: Sampai Kiamat Pun Tak Habis"
Back To Top