malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Pembantu Peribadi Larikan Barangan Berharga Nasha Aziz




 “Apabila benda itu berlaku, saya terus membuat laporan polis. Alhamdulillah pencuri dapat diberkas,” luah pelakon terkenal, Nasha Aziz (gambar) berhubung kes kecurian beberapa barangan peribadinya termasuk wang tunai, telefon bimbit dan pakaian penggambaran tajaan pereka fesyen terkenal Zhang Toi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi 6 Jun lalu, barangan berharga itu dipercayai dilarikan seorang lelaki yg juga pembantu peribadinya di lokasi penggambaran telefilem ‘Tangis Yang Tiada Noktah’ di Ampang.

Berikutan kes itu, Nasha atau nama sebenarnya Noraishah A Aziz, 43, segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, pada hari sama untk tindakan susulan.

“Benda ini bukan saja membabitkan wang tunai, tapi banyak barang-barang peribadi dan berharga termasuk pakaian yg dilarikan.

“Syukur, saya diberitahu lelaki itu sudah ditangkap di Johor dan kini ditahan reman untuk siasatan selanjutnya. Saya akan ke balai untuk beri kenyataan dan pengecaman barang-barang itu petang esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kejadian dikatakan berlaku apabila Nasha yg sedang berada di lokasi penggambaran telefilem terbitan Zeel Production Sdn Bhd mendapati seorang lelaki yg dilantik sebagai pembantu peribadi untuk penggambaran itu lesap dari lokasi.

Apabila membuat pemeriksaan terhadap beg dan barangannya, Nasha mendapati sejumlah wang tunai, telefon bimbit, mini iPad dan pakaian penggambaran tajaan pereka fesyen hilang, lapor Hmetro.


 


This post was made using the Auto Blogging Software from WebMagnates.org This line will not appear when posts are made after activating the software to full version.
0 Komentar untuk "MENARIK Pembantu Peribadi Larikan Barangan Berharga Nasha Aziz"
Back To Top