malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Punca Pengantin Lelaki Di Sabah Tembak diri Sendiri




Seorang lelaki menembak dirinya dengan pistol buatan sendiri di hadapan rumah teman wanitanya pada hari mereka sepatutnya berkahwin.

Lily Sulaiman, 27, dilanda kesedihan kerana ibu saudara kepada teman wanitanya yg berusia 17 tahun bertindak membawa lari teman wanitanya itu dari rumah mereka di Kota Marudu ke Kota Kinabalu untuk menghalang perkahwinan.

“Dia sangat kecewa,” kata Ketua Polis Daerah Supt Kota Marudu Mohd Isa Yusuf, Jumaat.

Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam pada 9 Jun di Kampung Patiu. Tiada unsur jenayah disyaki.

Mohd Isa berkata, Lily yg tidak bekerja, dilihat sebagai tidak sesuai untk gadis itu kerana dia masih terlalu muda.

Lily dan remaja itu telah menjalinkan hubungan selama kira-kira tiga tahun.

Lily hanya mendapat tahu bahawa gadis itu telah dibawa pergi apabila dia tiba di rumahnya.

Mereka yg menghadapi masalah atau memerlukan seseorang untuk berunding boleh menghubungi Befrienders Kota Kinabalu di 088-255788 atau e-mel befrienderskk@gmail.com, lapor mStar.


 


This post was made using the Auto Blogging Software from WebMagnates.org This line will not appear when posts are made after activating the software to full version.
0 Komentar untuk "BERITA Punca Pengantin Lelaki Di Sabah Tembak diri Sendiri"
Back To Top