malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Nik Aziz Sedih Dan Ucap Takziah Abby Abadi Bercerai





 Kontroversi penceraiaan muslimah PAS terkenal, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dengan pasangannya Muhammad Noor Farhan Che Bakar turut mendapat simpati pemimpin tertinggi PAS.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu media bahawa beliau jelas terkejut dan berasa sedih selepas mendapat tahu tentang penceraian membabitkan ikon pejuang muslimah PAS itu.

Nik Aziz dalam satu kenyataan di Institut Pemikiran Tok Guru di sini melahirkan rasa dukacitanya dan turut memberitahu bahawa beliau telah menelefon Abby untuk menasihatinya agar sabar dan tabah menghadapi dugaan yg menimpanya itu.

“Saya rasa terkejut selepas membaca tentang penceraiaan Abby di akhbar. Sebagai seorang yg telah bersama jemaah Islam, saya berharap semoga dia tabah dan biarlah ujian itu membuatkan dia semakin tabah,” ujar Mursyidul Am PAS itu.

Nik Aziz turut memberitahu bahawa beliau sedikit terkilan kerana ketika perkahwinan Abby dan Farhan dahulu beliau tidak sempat hadir untuk meraikan majlis tersebut dan kini perkahwinan yg dibina itu turut menemui penghujungnya.

“Sewaktu majlis perkahwinannya sebelum ini saya sudah merasa sedih kerana tidak dapat hadir, dan kini saya turut merasa sedih kerana beliau (Abby) telah bercerai dengan pasangannya itu", tambah Nik Aziz lagi.

Abby yg juga merupakan artis terkenal sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selepas bercerai dengan Norman, Abby telah melangsungkan perkahwinan dengan Farhan dan perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila Abby dikhabarkan bergaduh dengan pasanganya itu sehinggakan Farhan menghantar SMS untuk bercerai sebanyak dua kali.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yg dibuat Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yg dihantar pada 9 Mei itu adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.


 


This post was made using the Auto Blogging Software from WebMagnates.org This line will not appear when posts are made after activating the software to full version.
0 Komentar untuk "BERITA Nik Aziz Sedih Dan Ucap Takziah Abby Abadi Bercerai"
Back To Top