malaynews1. Powered by Blogger.

[MESTI TENGOK] Tangan Misteri Dalam Gambar Yang Diambil di Gunung Kinabalu Cetus Tanda Tanya

 

PETALING JAYA: Sepasang tangan misteri yang muncul di dalam dua keping gambar yang diambil dari Gunung Kinabalu selepas berlakunya gempa bumi di Sabah baru-baru ini mencetuskan tanda tanya orang ramai.

Timbalan Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Samasuddin Yusop, yang turut sama berada di dalam gambar itu berkata kedua-dua gambar terbabit tidak diubah.

"Ramai yang bertanya pada kami tentang gambar itu tetapi susah untuk kami pastikan ia adalah makhluk misteri atau masalah kamera", kata bekas ketua Universiti Malaysia Sabah (UMS) komunikasi korporat memetik laporan dari The Star Online.

Dua gambar tersebut yang telah menjadi viral di media sosial diambil menggunakan dua gadjet berbeza iaitu sebuah telefon dan sebuah kamera Nikon.

Kedua-dua keping gambar tersebut merakamkan gambar tangan misteri itu.

Walaubagaimanapun, gambar yang diambil menggunakan telefon berjaya merakamkan dua tangan manakala gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon berjaya merakan hanya satu tangan yang mana kedudukannya telah sedikit berubah.

Kiri, gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit manakala kanak gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon.
Kumpulan PKBS telah melawat Gunung Kinabalu baru-baru ini untuk memberikan sumbangan kepada tabung gempa Gunung Kinabalu, malim gunung dan pegawai polis dari balai polis Ranau yang terjejas akibat gempa tersebut.

Mereka kemudiannya bergambar bersama malim gunung Mhd Rizuan Kauhinin yang diangkat sebagai hero apabila gambarnya mendukung seorang kanak-kanak menjadi viral di media sosial.

Menurut Samasuddin, imej yang diambil menggunakan telefon bimbit lebih menggerikan daripada gambar yang diambil menggunakan kamera kerana terdapat dua tangan dilihat berada berdekatan belakangnya.

"Sehari selepas itu, seorang ahli kumpulan kami memeriksa gambar-gambar yang diambil dan kami terkejut(dengan penampakan tangan misteri)," katanya.

 Bagaimanapun, Samasuddin tidak merasa risau dengan apa yang berlaku memandangkan kumpulannya datang ke gunung tersebut dengan niat yang baik. - Siakapkeli.my


0 Komentar untuk "[MESTI TENGOK] Tangan Misteri Dalam Gambar Yang Diambil di Gunung Kinabalu Cetus Tanda Tanya "
Back To Top