Kota Tinggi: “Hari ini baru saya tahu dia berkahwin seorang lagi,” kata Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama Abdullah Suhaime Abd Rahman, yang terkorban bersama ibu dan isteri
kedua yang baru dinikahi tiga hari lalu dalam kemalangan jalan raya di
Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Abdullah Suhaime, 30, yang bertugas sebagai pembantu
juru X-ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru terbunuh
apabila Ford Fiesta dipandu isteri keduanya, Rohayu Abas, 29, dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung sebuah lori pasir.
Kejadian itu turut menyebabkan ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.
Farah berkata, dia pada mulanya mengetahui suaminya ditimpa kecelakaan
jalan raya melalui rakan WhatsApp sebelum dimaklumkan oleh polis.
“Pada Ahad lalu, suami ada beritahu saya bahawa dia hendak menghadiri
kursus selama beberapa hari. Saya juga ada mengirim pesanan ringkas ke
telefon bimbitnya beberapa hari lalu mengadu sakit kaki, tetapi tidak
dibalas.
“Saya juga tidak tahu ibu mentua dan isteri barunya ikut bersamanya.
Sehinggalah pagi ini (semalam) sebaik saja saya dimaklumkan kemalangan
terbabit, barulah saya tahu dia sudah bernikah seorang lagi,” katanya
yang kini hamil anak sulung selepas dua tahun berkahwin.
Farah yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Kota Tinggi (HKT)
bagaimanapun tidak dapat menahan kesedihannya sehingga ditenangkan oleh
ahli keluarga yang turut menemaninya.
Sementara itu, adik kepada Abdullah Suhaime yang dikenali Maizatul, 25,
berkata, dia mendapat berita kejadian itu jam 7 pagi semalam daripada
ibu saudaranya.
Katanya, terkejut dengan berita itu, dia bergegas ke HKT bersama bapanya, Abd Rahman Ali, 58.
“Rohayu isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke sana sejak tiga hari lalu.
“Rohayu isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke sana sejak tiga hari lalu.
“Kami hanya dua beradik, selepas tidak tinggal bersama keluarga, saya
sudah jarang berbual dengannya. Malah sejak akhir-akhir ini, dia tidak
seceria seperti ketika kami tinggal bersama ibu bapa dulu,” katanya.
Maizatul berkata, semua jenazah dibawa ke Pahang untuk dikebumikan di
kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran selepas bedah siasat
selesai dilakukan pihak hospital.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat
Othman berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Ford Fiesta dari
arah Mersing menghala ke Johor Bahru itu hilang kawalan dan masuk ke
laluan bertentangan menyebabkan ia bertembung dengan sebuah lori.
Menurutnya, akibat pertembungan itu, pemandu dan dua penumpang maut
termasuk seorang warga emas tercampak keluar beberapa meter dari kereta.
“Pemandu lori iaitu Mohamad Amirul Faiz Azman, 23, berasal dari Felda
Pasak, Kota Tinggi mengalami kecederaan di mata, dada dan kaki dirawat
di HKT.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan
siasatan mendapati lokasi kejadian adalah jalan berkembar dua hala yang
lurus serta dalam keadaan cuaca baik,” katanya.
Beliau berkata, anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi mengambil masa
kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan Rohayu dan Abdullah yang tersepit.
0 Komentar untuk "[MESTI BACA] Adik Pula Bongkar Kisah Abangnya Yang Maut Kemalangan Beristeri Baru"