malaynews1. Powered by Blogger.

Julie Dahlan Meninggal Dunia

Penerbit filem terkenal Julie Dahlan meninggal dunia 7.30 malam tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun lalu.

 Julie Dahlan Meninggal Dunia

Menurut penyanyi, Datuk Hattan yang juga biras kepada anaknya, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham. Jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Ampang.

2 Buah Pinggang Julie Dahlan Rosak Teruk

Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah penglihatan.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/47541#sthash.9tShpotY.dpuf

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Julie Dahlan Meninggal Dunia"
Back To Top