malaynews1. Powered by Blogger.

Video KEJAM Budak 2 Tahun Maut Dibelasah Dengan Kejam Oleh Bapa Tiri !




THAILAND - Rakaman video ganas seorang lelaki membelasah anak tirinya sehingga mati tersebar di media sosial.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di pangsapuri Min Buri, Thailand. Video berdurasi 1 minit 35 saat itu dimuat naik di laman Facebook dan menimbul kemarahan netizen negara itu.

Tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan itu dirakam CCTV yang menunjukkan kanak-kanak malang yang berusia dua tahun itu ditendang serta dipukul di bahagian kepala berulang kali oleh bapa tirinya di tangga kecemasan pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun bapa tiri kanak-kanak terbabit memberhentikan perbuatannya dan segera membawa mangsa masuk ke rumah apabila seorang penghuni pangsapuri berkenaan menuruni tangga pangsapuri itu dari tingkat atas. 

Menurut polis, mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ibu mangsa mendakwa anaknya terjatuh di tangga namun tidak membuat laporan polis mengenai perkara itu. 

Bagaimanapun, saudara mara mangsa tidak percaya dengan dakwaan si ibu berikutan terdapat kesan-kesan lebam dan luka di badan mangsa. 

Ketiadaan bapa tiri mangsa juga menambahkan lagi kecurigaan mereka.

Menurut ahli saudara kanak-kanak itu, lelaki itu seorang penagih dadah dan kerap membelasah mangsa semenjak dua bulan yang lalu apabila lelaki itu dan ibu mangsa memilih untuk tinggal bersama.

Berdasarkan siasatan pada rakaman CCTV, polis menahan lelaki terbabit pada Sabtu lalu di Kamphaeng Phet dan dibawa ke Balai Nimit Mai.

Hasil pemeriksaan hospital mendapati, mangsa mengalami kecederaan di bahagian otak serta beberapa kecederaan yang lain di bahagian organ dalaman. SUMBER

Saksikan video di bawah...

View the original article here

0 Komentar untuk "Video KEJAM Budak 2 Tahun Maut Dibelasah Dengan Kejam Oleh Bapa Tiri !"
Back To Top