malaynews1. Powered by Blogger.

Latihan Komando Yang Menyeksakan!

Latihan Komando Yang Menyeksakan!

Latihan Komando Yang Menyeksakan!

Itu adalah satu gambaran yang dapat dilihat menerusi satu paparan video menunjukkan aksi latihan anggota tentera yang menyertai unit komando.

Video berdurasi 3 minit 24 saat itu yang kini menjadi viral di laman Facebook dipercayai dirakam oleh seorang jurulatih dalam pasukan itu yang terlibat dalam latihan berkenaan dan kemudian telah memuat naik video tersebut ke internet yang kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Video itu menunjukkan anggota komando yang sedang menyertai latihan di belasah oleh jurulatih mereka dengan cara tendangan di bahagian perut.

Rata-rata mereka yang telah menonton video itu berpendapat, latihan ketenteraan adalah satu perkara yang sulit dan tidak perlu untuk disebarkan kepada umum.

Ada juga yang berpendapat penyebaran video bentuk latihan fizikal seperti itu akan mendapat pelbagai reaksi yang kurang senang terutamanya jika ia ditonton oleh orang awam.

Perkara tesebut memang tidak dinafikan apabila video yang kini sudah ditonton lebih 4,000 kali itu mendapat kecaman daripada Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia yang menyatakan adalah tidak wajar video tersebut dikongsikan di media sosial untuk tatapan umum.

Kelab itu juga meminta supaya pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video itu di laman sosial supaya dikenakan tindakan.

Teringat moto komando,"Datangmu Tidak Di Undang, Jika Ragu Sila Pulang"

#Pendapat admin, latihan komando memang sepatutnya berat dari latihan tentera biasa....istilah komando itu sendiri membayangkan maksud tentera yang luarbiasa, lasak dan digeruni musuh.

sumber
http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/03/30/aksi-ganas-latihan-komando-tersebar-di-internet/

View the original article here

0 Komentar untuk "Latihan Komando Yang Menyeksakan!"
Back To Top