malaynews1. Powered by Blogger.

Senarai Pemenang ABPBH 2014

Senarai Pemenang ABPBH 2014 : Shaheizy Sam sekali lagi berjaya memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014, yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland malam tadi.

Senarai Pemenang ABPBH 2014

Dengan undi sebanyak 265,703 undian, Shaheizy Sam berjaya mengenepikan saingan daripada lima artis lain dalam kelompok finalis yang mendapat undi tertinggi kategori utama itu.

Berikutan kemenangan itu, Sam memenangi hadiah utama kereta Toyota Camry Hybrid tajaan UMW Toyota Sdn Bhd dan trofi.

Trofi Bintang Paling Popular 2014 disampaikan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa ABPBH 2014 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamsul Azree Shamsir pada majlis kemuncak ABPBH 2014 di sini, yang bertemakan Cinta.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Majlis gilang-gemilang yang berlangsung tiga jam itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Terdahulu, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada tokoh Tan Sri SM Salim.

Senarai pemenang kategori lain:
Artis Baru Lelaki Popular (Hafreez Adam)
Artis Komedi Wanita Popular (Didie Alias) Artis Duo / Berkumpulan Popular (Akim & The Majistret)
Pengacara TV Lelaki Popular (Datuk Aznil Nawawi)
Penyampai Radio Wanita Popular (Fara Fauzana)
Pelakon TV Lelaki Popular (Shah Iskandar)
Artis Baru Wanita Popular (Ayda Jebat) Penyampai Radio Lelaki Popular (Johan) Pengacara TV Wanita Popular (Neelofa), Pelakon TV Wanita Popular(Nad Zainal) Artis Komedi Lelaki Popular(Abam) Penyanyi Lelaki Popular (Akim)
Pelakon Filem Wanita Popular ( Siti Saleha)
Penyanyi Wanita Popular (Adira)
Pelakon Filem Lelaki Popular (Shaheizy Sam).

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis antaranya Ella, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hazama, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/41685?

View the original article here

0 Komentar untuk "Senarai Pemenang ABPBH 2014"
Back To Top