malaynews1. Powered by Blogger.

Hukum lelaki bersalaman dengan wanita Ajnabi..




Berdasarkan pengamatan ulama, seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi (bukan mahram). 

Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan :"Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan". (Kitab al-Azkar, 228). 

Dalilnya ialah ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah SAW. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah : 

"Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan". (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10). 

Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10). 

Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : "Aku datang kepada Rasulullah SAW. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. 

Lantas Rasulullah SAW. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. 

Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. 

Lalu Nabi SAW menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih). 

Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah SAW. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda SAW. adalah qudwah dan ikutan kita semua. 

Wallahu a'lam.. 

sumber




View the original article here

0 Komentar untuk "Hukum lelaki bersalaman dengan wanita Ajnabi.."
Back To Top