malaynews1. Powered by Blogger.

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Sah Bergelar Suami Isteri

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Sah Bergelar Suami Isteri :Sarimah Ibrahim akhirnya sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie apabila sah bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz.

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Sah Bergelar Suami Isteri

Pihak pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran berbalas 7 juga hantaran kepada pihak lelaki. Sarimah telah menerima wang hantaran sebanyak RM 6,000.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dan disaksikan wali iaitu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad.

Majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel terletak di ibu kota Kuala Lumpur dengan penuh adat melayu tradisional dan dihadiri oleh ibu bapa Tunku Jamie, Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar serta Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

Bagi kedua mereka, perkahwinan ini merupakan ikatan kedua buat mereka selaku pasangan suami isteri. Sarimah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Australia Andrew John Browning dan bercerai sekitar tahun 2008.

Tunku Jamie yang juga cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 merupakan seorang duda yang tidak mempunyai anak.

Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah diucapkan buat Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie.

Semoga perkahwinan anda berdua kali ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

sumber
http://beautifulnara.com/tahniah-sarimah-ibrahim-sah-isteri-tunku-jamie/

View the original article here

0 Komentar untuk "Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie Sah Bergelar Suami Isteri"
Back To Top