malaynews1. Powered by Blogger.

Lelaki Selamatkan Kucing Putus Kaki Di Lebuhraya





Dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, seorang lelaki menemui seekor kucing belang hitam kelabu di tepi lebuh raya yang cedera parah dipercayai akibat dilanggar oleh kenderaan ketika cuba melintas. 

Berikut cerita dari lelaki berkenaan.

Jam 9 pagi, atas motor dalam perjalan pergi kerja. Tiba-tiba motor jem.

"Adoi....!!"

Toleh kiri kanan, tiba-tiba ternampak seekor kucing di tengah highway. Jadi panik seketika, tengah fikir nak buat macam mana. 

Telefon 999, buat laporan pada JPAM & Plus Ronda. 9.15 pagi, JPAM call, minta segala detail dan beri apa yang dipinta.


9.51 pagi, kelibat pasukan penyelamat masih belum tiba. 

"Bapak lama aku tunggu! Mak je belum tentu lagi,"


Jam 10.01 pagi, aku cuba call lagi. Diorang cakap diorang dah ronda dan tak ada. 

Cakap tak ada pun, apa cerita?? Aku jerit. 

Aku duduk di tepi highway ni dah nak setengah jam boleh kata tak nampak? Lepas itu dia cakap,

"Okay, saya report balik,"

10.15 pagi masih menunggu, penantian yang menyeksakan. 

Peronda PLUS datang dengan motosikal Yamaha FZ150 dengan bendera kecemasan.

Highway panik seketika, "pahal ni?'. Aku lintas dan bagi thums up!.


10.17 pagi, dalam perjalanan ke klinik JHAN Pet Shop Bangi. 


Terima kasih dan syukur pada Allah yang bagi kekuatan. Kak Shah Dolores yang tolong share kat kawan-kawan. Kepada yang like dan comment, (korang tau korang siapa) dan tak lupa pada abang PLUS Ronda. Masa untuk doakan yang terbaik!!

Nama dia 'Kudung'.




View the original article here

0 Komentar untuk "Lelaki Selamatkan Kucing Putus Kaki Di Lebuhraya"
Back To Top