malaynews1. Powered by Blogger.

Pekerja Jumpa Janin Dalam Tandas Pasar Raya

Pekerja Jumpa Janin Dalam Tandas Pasar Raya | Pengunjung sebuah pasar raya di Seremban 2, di sini gempar apabila menemui bungkusan berisi janin dalam tandas wanita di pasar raya berkenaan, petang kelmarin.

Pekerja Jumpa Janin Dalam Tandas Pasar Raya

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian disedari seorang pekerja pasar raya berkenaan ketika masuk dalam tandas berkenaan, kira-kira jam 6.30 petang.

Beliau berkata, di dalam tandas berkenaan, pekerja terbabit terpandang sebuah beg hitam yang ditinggalkan dalam ruang bersolek, bagaimanapun hanya membiarkannya sahaja kerana menyangkakan pemiliknya akan datang semula.

“Namun, kira-kira setengah jam selepas itu, tiada siapa yang datang menuntut beg tersebut.

“Pekerja wanita itu kemudiannya mengambil dan membawanya ke lorong sebelah tandas sambil memanggil pengawal keselamatan pasar raya untuk memeriksa beg berkenaan.
“Sebaik sahaja beg itu diperiksa, terlihat sebuah bungkusan plastik berisi janin bayi berusia kira-kira empat bulan yang telah cukup sifat dan masih berada dalam uri," katanya di sini, semalam.

Muhamad Zaki berkata, pengawal keselamatan terbabit kemudian menghubungi polis yang tiba sejurus selepas itu.

Menurutnya, polis meneliti semua kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya terbabit untuk siasatan, termasuk mengambil keretangan dari saksi serta kakitangan pasar raya.

Pekerja Jumpa Janin Dalam Tandas Pasar Raya

“Setakat ini, kita menahan dua lelaki warga negara Nepal dan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang bayi secara rahsia,” katanya.

Janin berkenaan dibawa ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk tindakan lanjut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jumpa-janin-dalam-tandas-pasar-raya-1.384967

View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Pekerja Jumpa Janin Dalam Tandas Pasar Raya"
Back To Top