Boleh dikatakan semua negara cuba untuk meniru aksi tarian bersahaja itu.
Bukan itu sahaja, artis-artis negara Barat juga berharap PSY dapat mengajar mereka cara untuk menari tarian kuda itu dengan betul.
Rakyat Malaysia juga seolah-olah dirasuk dengan lagu Gangnam Style itu kerana mereka kerap menggunakan tarian kuda dalam video yang dibuat dan kemudian dimuat naik ke laman YouTube.
Terbaru, pengasas produk kecantikan dan pengusaha Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Skin Care dan dR Rozmey Body Shop, iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) juga menggunakan gaya dan cara yang sama.
Percaya atau tidak, DDR telah menggarapkan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ untuk mempromosikan produk-produk kesihatannya.
Cuma, namanya ditukar kepada ‘Dr. Rozmey Style’.
Nak tengok macam mana gaya ‘Dr. Rozmey Style’? Tonton video di bawah.
Apa kata anda?
Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk " Dr. Rozmey Guna Gangnam Style, Promosi Produk"