HIBA: Ziarah Ibu Meninggal Dunia Dengan Tangan Bergari | Suasana hiba mengiringi majlis pengebumian ibu kepada Orang Kena Zalim (OKZ), Ismail SM Kadir hari ini.
Ramlah Abdul Karim, 80, meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang semalam akibat sakit tua.
Ismail yang kini sedang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan berhubung demonstrasi ketika krisis rampasan kuasa di Perak tahun 2009 itu dibenarkan melawat serta memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum ibunya itu.
Ismail dibawa oleh pihak pegawai Penjara Tapah dalam keadaan bergari serta berpakaian serba merah menaiki sebuah van.
Kehadirannya disambut dengan penuh hiba dan sedih oleh isteri dan anak-anaknya yang ternyata sangat merinduinya.
Sebaik sahaja keluar dari van, Ismail dipeluk oleh isteri dan anak-anaknya yang masih kecil.
Ismail tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap jenazah ibu tercinta kerana tidak berkesempatan bersama ketika masa-masa terakhir almarhum.
Sebelum dibawa pulang kembali ke penjara, Ismail berkesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah ibunya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bawa saya ke sini.
“Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan usaha anda semua,” katanya.
Turut hadir dalam majlis pengebumian itu termasuklah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.
sumber
http://www.suara.tv/2015/04/18/ziarah-jenazah-ibu-dengan-tangan-bergari/

0 Komentar untuk "HIBA: Ziarah Ibu Meninggal Dunia Dengan Tangan Bergari"