Hafizh Syahrin Kecewa Dunlop Bekal Tayar Rosak | Tayar rosak dan masalah teknikal memaksa penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharungi sesi kelayakan yang mengecewakan di Grand Prix Argentina, semalam.
Hadir dengan semangat membara selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam di GP Amerika Syarikat, minggu lalu, penunggang pasukan PETRONAS Raceline itu sekadar mencatat masa ke-24 terpantas pada sesi pertama akibat berdepan masalah pengendalian jenteranya.
Lebih malang, sesi kedua pada sebelah petang turut dihimpit masalah apabila pasukannya diberikan tayar yang dikatakan rosak oleh promoter perlumbaan.
Kedua-dua masalah itu menyaksikan penunggang kelahiran Ampang itu menamatkan sesi pertama di kedudukan ke-21 terpantas sebelum berada di kedudukan ke-24 terpantas sesi kedua.
"Saya benar-benar kecewa kerana saya tahu saya boleh melakukan lebih baik. Kami bermula dengan baik dan saya berada di kedudukan kesembilan pada pertengahan sesi pertama.
"Namun apabila saya keluar ke trek selepas selepas melakukan pengubahsuaian kepada penyerap henjutan belakang, pengendalian jentera saya merosot dengan teruk dengan bahagian depan bergegar teruk ketika mengambil selekoh. Bekal tayar secara rambang.
"Pada sesi kedua, kami diberikan tayar yang rosak yang mempunyai cengkaman yang minimum apabila berada di atas litar. Saya terpaksa menunggu sehingga jentera untuk melakukan penyelarasan sebelum kembali ke trek namun ia menghabiskan banyak masa.
"Ia adalah sesi yang amat mengecewakan buat saya dan berharap kami dapat mengatasi segala isu yang ada, esok (malam ini)," katanya.
Pada sesi pertama, Hafizh sekadar mencatatkan masa a terpantas satu minit 45.137 saat, ketinggalan 1.898s daripada pelumba Perancis, Johann Zarco yang melakukan rekod baru sepusingan 1:43.239s. Pelumba Britain, Sam Lowes pula merakamkan catatan kedua terpantas (1:43.306s) pada sesi kedua diikuti pelumba Finland, Mika Kallio dengan 1:43.426s.
Mengulas mengenai keadaan tayar yang diberikan kepada Hafizh, pengurus pasukan, Barry Leong berkata Dunlop membekalkan tayar secara rambang kepada semua pasukan Moto2 dan mereka tidak bernasib baik dengan mendapatkan tayar yang rosak.
"Kami berdepan isu yang sama pada hari perlumbaan tahun lalu. Kami berharap kejadian sama tidak berulang," katanya.
sumber
http://www.bharian.com.my/node/48341

0 Komentar untuk "Hafizh Syahrin Kecewa Dunlop Bekal Tayar Rosak"