malaynews1. Powered by Blogger.

Doktor Wanita Nyaris Dirompak Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat




Seorang doktor wanita nyaris dirompak oleh suspek yang menunggang motosikal ketika memberhentikan keretanya di lampu isyarat jalan.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang di Bandar Baru Bangi, semalam, mangsa, Doktor Atiqah cedera di bahagian hidung akibat ditumbuk oleh suspek.

Difahamkan, mangsa sebelum itu dalam perjalanan menuju ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi melaksanakan tugasnya mengikut syif yang telah ditetapkan. Namun dalam perjalanan itu, satu kejadian buruk telah menimpanya.

Ketika memberhentikan kenderaannya di lampu isyarat di sebatang jalan di Bandar Baru Bangi, kereta mangsa dihampiri oleh suspek yang menunggang motosikal di bahagian kiri.

Kebetulan pada masa itu, tingkap di bahagian sebelah penumpang depan kiri pula dibuka separuh menyebabkan suspek menjulurkan tangannya ke dalam kereta mangsa dan cuba membuka pintu kereta itu. Namun dihalang oleh mangsa dan terjadinya sedikit pergelutan seketika.

Suspek menumbuk muka mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan hidung mangsa berdarah.

Pada ketika itu, mangsa tidak dapat mengerakkan keretanya kerana terdapat sebuah bas di hadapannya.

Mujur ada dua pelajar dari German Malaysian Institute (GMI) yang menyaksikan kejadian dimana suspek cuba merompak mangsa itu, serta merta membunyikan hon menyebabkan suspek terpaksa membatalkan niatnya dan melarikan diri.

Setelah suspek meninggalkan lokasi, dua pelajar terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan seterusnya membuat laporan polis dengan abangnya.


Mangsa hanya cedera ringan di bahagian hidung dan cermin mata miliknya rosak akibat ditumbuk oleh suspek.




View the original article here

Related Post:

0 Komentar untuk "Doktor Wanita Nyaris Dirompak Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat"
Back To Top