malaynews1. Powered by Blogger.

Sarimah Ibrahim Nikah Esok

Sarimah Ibrahim Nikah Esok : Esok, pengacara Bella saluran ntv7, Sarimah Ibrahim akan melangsungkan pernikahan dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie).

Sarimah Ibrahim Nikah Esok

Majlis pernikahan akan diadakan di Hotel Prince KL sekitar jam 10.30 pagi. Sarimah adalah antara artis yang melangsungkan perkahwinan tahun ini selepas rakan selebriti lain seperti Yana Samsudin, Hanez Suraya dan Sharifah Sakinah. Sarimah dan Tunku Jamie bertunang pada 27 September tahun lalu.

"Saya harap semua yang dirancang akan berjalan lancar dan seadanya. Doa semua baik-baik sahaja ya! Jumpa esok ya!," kata Sarimah Ibrahim ringkas yang akan mengenakan rekaan Salikin Sidek dan Melinda Looi pada hari bahagianya.

Sarimah dan Jamie berkenalan selama sembilan bulan sebelum bertunang. Ini bukan perkahwinan pertama mereka. Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/44646?

View the original article here

0 Komentar untuk "Sarimah Ibrahim Nikah Esok"
Back To Top