malaynews1. Powered by Blogger.

Benjy Di Dakwa Lagi

Benjy Di Dakwa Lagi | Khaeryll Benjamin Ibrahim, 37, atau lebih dikenali sebagai Benjy dan rakannya, Raja Shariff Hidayatullah Raja Shariffudin, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar petang tadi kerana mengedar dadah.

Benjy Di Dakwa Lagi

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.3 kilogram yang ditemui dalam kereta dinaiki mereka ketika sekatan jalan raya di hadapan stesen minyak di Jalan Pagoh-Muar pada 27 Mac lalu.

Ketika mendengar pertuduhan yang dibacakan di depan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, kedua-dua suspek hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap polis hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan.

Mohd Syafiq kemudiannya menetapkan 28 Mei nanti sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/42413#sthash.0DPNEJU0.dpuf

View the original article here

Tag : Benjy, Dakwa
0 Komentar untuk "Benjy Di Dakwa Lagi"
Back To Top