malaynews1. Powered by Blogger.

INFO Russia Dakwa Jet Pejuang Ukraine Terbang Berdekatan MH17 Sebelum Terhempas

Akhirnya pihak Russia membuka mulut berikutan isu siapa sebenarnya yg menembak MH17 selepas dakwaan seorng pengguna laman Twitter  jet tempur Russia terbang berdekatan MH17 sebelum ia terhempas.


Russia Dakwa Jet Pejuang Ukraine Terbang Berdekatan MH17 Sebelum Terhempas

Menurut pihak Russia, rekod penerbangannya menunjukkn sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dngan pesawat Malaysia Airlines MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengendalikn stesen radar untk sistem peluru berpandu.

Moscow juga menafikn ia membekalkn pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dngan 298 penumpang dan anak kapal itu.

 

Berbekalkn beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkn kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini.

Left Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yg biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dngan pesawat Boeing 777 itu.



Katanya, pesawat Malaysia itu “tersasar dari laluannya ke utara...Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer".

“Peningkatan ketinggian direkodkn bagi pesawat tentera Ukrain. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer.

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkn jawapan kepada persoalan ini," katanya.

Kartopolov juga berkata, Kementerian Pertahanan Russia mengesan aktiviti luar biasa stesen radar yg digunakn untk mengendalikn sistem peluru berpandu pada hari tragedi itu.

“Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepda maksimum," katanya.

 

Kartopolov berkata, tujuh stesen radar beroperasi hampir dngan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata selepas nahas itu, hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Kartopolov juga menegaskn Russia tidak membekalkn puak pemisah Ukraine dngan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain. - AFP


# Pesawat MH17 didakwa tersasar dari laluan sebenar....puncanya? Kena check semula arahan dr pegawai trafik udara di Kiev...tambahan pula pesawat diarah turun 2,000 ribu kaki dari aras penerbangan mereka 35,000 kaki....dan tak lama lagi, kelengkapan perang US akan tiba di Ukraine (kononnya bantuan dr Eropah la sangat)

0 Komentar untuk "INFO Russia Dakwa Jet Pejuang Ukraine Terbang Berdekatan MH17 Sebelum Terhempas"
Back To Top