malaynews1. Powered by Blogger.

Bapa Gadis Myvi Di Dakwa

Bapa Gadis Myvi Di Dakwa | Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga gadis Myvi yang terbabit dalam insiden pergaduhan dengan pemandu teksi pada 29 Mac lalu didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam petang tadi.

Bapa Gadis Myvi Di Dakwa

Bagaimanapun Syed Fareid Yahya, 51, mengaku tidak bersalah.

Mengikut kertas pertuduhan, Syed Fareid didakwa menyebabkan cedera ke atas Azmi Mat Mokhtar, 54, kira-kira jam 4.30 petang pada 29 Mac lalu di pejabat pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya.

Majistret Nor Shakinah Ahmad Kamaruddin menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya N Panimallah manakala Syed Fareid diwakili peguam bela Azad Bashir dan Sarah Mohd Ali.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes 29 April ini.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/42398#sthash.ceLvqUry.dpuf

View the original article here

Tag : Dakwa, Gadis
0 Komentar untuk "Bapa Gadis Myvi Di Dakwa"
Back To Top