malaynews1. Powered by Blogger.

Pengedar Perodua Bakal Rugi RM230,000 Selepas GST 1 April

Pengedar Perodua Bakal Rugi RM230,000 Selepas GST 1 April | Persatuan Wakil Pengedar Perodua minta kerajaan membenarkan ahli persatuan itu membuat tuntutan 10 peratus Cukai Jualan bagi invois yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Pengedar Perodua Bakal Rugi RM230,000 Selepas GST 1 April

Presiden, Wan Kamal Wan Ismail, berkata ketika ini kerajaan masih mengenakan 10 peratus cukai jualan kenderaan baharu, bagaimanapun mulai Rabu ini cukai berkenaan akan digantikan dengan 6 peratus GST.

"Ini bermakna stok belum dijual dengan 10 peratus cukai jualan yang sudah dibayar akan terbabit dengan tambahan 6 peratus GST selepas 1 April.

"Setiap wakil jualan akan kerugian purata RM230,000 kerana menanggung cukai berganda selepas 1 April," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wakil penjual Perodua terdiri daripada syarikat saiz sederhana dan kerugian berkenaan akan memberi kesan besar kepada perniagaan terutama daripada aliran tunai dan keuntungan, kata Wan Kamal.

Menerusi sistem cukai jualan sedia ada, syarikat dan peniaga hanya boleh menuntut 20 peratus daripada jumlah cukai jualan yang sudah dibayar.

GST pada kadar 6 peratus akan berkuatkuasa mulai Rabu ini menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

sumber
http://www.bharian.com.my/node/44309

View the original article here

0 Komentar untuk "Pengedar Perodua Bakal Rugi RM230,000 Selepas GST 1 April"
Back To Top