malaynews1. Powered by Blogger.

Misik Ceria Tiada Tanda Trauma

Misik Ceria Tiada Tanda Trauma | Anak kecil yang ditemukan bersendirian di atas bukit tinggi secara bersendirian di Kampung Kuala Tolokoson, Kemabong, berada dalam keadaan ceria tanpa mengalami sebarang situasi trauma.

Misik Ceria Tiada Tanda Trauma

Mangsa, Healezry Zeandfly atau panggilan mesranya ‘Misik’ yang berusia setahun 11 bulan nampak ceria bersama-sama keluarga, malah seronok melihat kembali gambar dan video dirinya ketika ditemukan oleh pihak bomba menerusi gajet milik ahli saudara.

Hanya mengalami sedikit calar di bahagian badan dan mengalami selesema, namun anak kecil itu masih lincah bermain dengan abangnya, Henddy Zendy yang berusia enam tahun.

Anak bongsu daripada dua beradik itu langsung tidak menunjukkan rasa trauma meskipun dia dilaporkan hilang lebih daripada 18 jam.

Ibu mangsa, Moina Barahim, 27, berkata, anak bongsunya itu berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan perasaan takut atau terkesan daripada kejadian hilang itu.

Katanya, Healezry bermain dengan abangnya dan saudara lain seperti biasa tanpa menunjukkan tanda-tanda terkesan daripada kejadian yang sangat membimbangkan keluarganya.

“Healezry hanya dibawa ke Klinik Kesihatan Tenom selepas ditemukan di dalam semak di atas bukit tinggi di hadapan rumah kami, namun doktor mengesahkan dia sihat.

Pegawai Bomba Cerita Detik Penemuan Budak Yang Hilang 18 Jam

“Anak saya ini juga tidak mengalami masalah untuk makan atau minum. Malah selepas dia ditemukan, dia minum hampir sebotol susu dan makan nasi bubur,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menceritakan kembali detik cemas tersebut, Moina berkata, dia sekeluarga berasa sangat gelisah apabila menyedari Healezry tiada di kawasan rumah.

Katanya, dia sekeluarga mengesyaki anaknya itu hilang di hutan atau terjatuh ke dalam Sungai Padas yang terletak berhampiran rumah.

Namun setelah mencari hampir semalaman katanya, dia sekeluarga terfikir mungkin anak bongsunya itu diculik.

“Bagaimanapun kami tetap berdoa agar Misik selamat dan yakin dia akan ditemukan juga akhirnya.

“Syukur pada pukul 10.25 pagi semalam, Misik ditemukan oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari,” ucapnya penuh kesyukuran.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/healezry-ceria-tiada-simptom-trauma-1.74786

View the original article here

0 Komentar untuk "Misik Ceria Tiada Tanda Trauma"
Back To Top