malaynews1. Powered by Blogger.

Lagi Gadis Bertudung Peluk Anjing

Lagi Gadis Bertudung Peluk Anjing | Satu lagi insiden membabitkan orang Islam memegang anjing dikesan dalam program ‘Opt To Adopt’ yang dianjurkan sebuah kolej swasta di pusat beli-belah di negeri ini dan mula tersebar luas di laman sosial, semalam.

Lagi Gadis Bertudung Peluk Anjing

Menerusi gambar yang tersiar di laman Facebook Penang Kini dan Penang Times Square itu, kelihatan seorang wanita bertudung mendukung serta memeluk anjing dan perlakuannya dirakam seorang individu lelaki menggunakan telefon bimbit.

Difahamkan, program dianjurkan selama empat hari sehingga kelmarin itu bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan anjing liar sebagai haiwan peliharaan dan dianjurkan pelajar diploma Kelab Pengurusan kolej berkenaan.

Pengerusi Badan Bertindak Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) Mohamed Hafiz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) perlu menyiasat wanita berkenaan dengan segera.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/35776#sthash.0nHdwIAj.dpuf

View the original article here

0 Komentar untuk "Lagi Gadis Bertudung Peluk Anjing"
Back To Top