malaynews1. Powered by Blogger.

Jet Baru, Bukan Najib Sorang Je Yang Guna

Jet Baru, Bukan Najib Sorang Je Yang Guna | Pembelian pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner ACJ320 oleh kerajaan bukanlah satu pembaziran kerana ia digunakan untuk tujuan keselamatan, kata Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling).

Jet Baru, Bukan Najib Sorang Je Yang Guna

Oleh itu katanya, pembelian pesawat itu perlu disokong kerana ia bertujuan menjamin keselamatan pemimpin tertinggi negara khasnya Yang di-Pertuan Agong.

"Yang di-Pertuan Agong layak mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan.

"Dalam masa sama wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama Boeing Business Jet (BBJ).

"Nyawa pemimpin tinggi juga adalah keutamaan negara dan faktor penting perlu diambil kira dalam melakukan pembelian ini. Pastinya kerajaan mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum membeli pesawat tersebut," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Parlimen, hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, penggantian pesawat itu juga adalah amalan biasa kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan Perdana Menteri tetapi sultan dan raja.

"Sebab di Malaysia, pesawat ini bukan untuk (kegunaan) Perdana Menteri sahaja, bukan dia sahaja orang kenamaan tetapi ada juga Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja yang layak gunakan pesawat rasmi kerajaan.

"Selain itu untuk pengetahuan, di Amerika Syarikat, Indonesia, Singapura dan Thailand tidak pernah ahli parlimennya mempertikaikan kapal terbang yang digunakan pimpinan mereka. Tetapi di Malaysia sebaliknya berlaku," katanya.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa pesawat ACJ320 dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320. Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-jet-nyawa-pemimpin-tertinggi-keutamaan-negara-1.370743

View the original article here

Tag : Bukan, Najib, Sorang
0 Komentar untuk "Jet Baru, Bukan Najib Sorang Je Yang Guna"
Back To Top