malaynews1. Powered by Blogger.

Izreen Azminda Nafi Bercinta Dengan Fahrin Ahmad

Izreen Azminda Nafi Bercinta Dengan Fahrin Ahmad | Izreen Azminda yang pernah digosipkan bercinta dengan Amar Baharin dan Hafreez Adam, kini sedang digosipkan sedang menjalin cinta lokasi pula dengan aktor Fahrin Ahmad.

Izreen Azminda Nafi Bercinta Dengan Fahrin Ahmad

Ketika ini Izreen dan Fahrin sedang sibuk menyiapkan penggambaran drama Eksperimen Cinta.

"Tak adalah. Mana ada bercinta. Sekadar kawan seperjuangan. Dia rakan kerja dan pelakon senior yang bagus. Memang kawan sahajalah," kata Izreen yang memberitahu penggambaran drama berkenaan bermula sejak Februari lalu dan dijangka berakhir hujung April ini.

Izreen bagaimanapun mengakui senang berkawan dan berkongsi bakat dengan Fahrin.

Kata Izreen lagi, Fahrin seorang pelakon yang sangat membantunya dan menyokong antara satu sama lain.

"Dia memang kawan yang baik. Saya yakin dia memang idaman ramai wanita di luar sana. Dengan umur, status, kedudukan dan ekonominya, pasti ramai yang mendambakan cinta kepadanya.

"Sebagai kawan, saya mendoakan kebahagiaan untuk dia agar cepat bertemu jodoh. Insya-Allah," kata Izreen yang juga hos Mahligai Cinta di TV3.

Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah dan mereka dikurniakan Umar yang lahir pada 13 Julai 2013.

Bagaimanapun jodoh mereka berakhir pada 9 tahun Jun lalu selepas Riza memfailkan tuntutan cerai pada 14 Mei tahun yang sama.

Kebelakangan ini, Izreen memang 'hot' dan menjadi buah mulut peminatnya apabila dikaitkan dengan beberapa pelakon muda dan kacak termasuk dengan Amar Baharin dan Nazrief Nazri.

Cinta Izreen Azminda dan Johan As'ari pernah mencetuskan sensasi kerana insiden putus cinta mereka suatu ketika dulu turut menggemparkan industri hiburan apabila takdir untuk mereka hidup bersama bernoktah saat itu.

Malah, baru-baru ini pelakon cantik ini telah memuat naik gambarnya sedang menyandarkan kepala ke lengan seorang jejaka yang tidak dinamakan di dalam laman sosialnya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/43822

View the original article here

0 Komentar untuk "Izreen Azminda Nafi Bercinta Dengan Fahrin Ahmad"
Back To Top