malaynews1. Powered by Blogger.

HANCUR LULUH HATI ISTERI TEMUI SUAMI CURANG DI RUMAH PUTRAJAYA





PUTRAJAYA - Hancur luluh hati seorang isteri sebaik saja melihat suaminya bermadu ka#sih bersama dengan kekasih gelap di dalam bilik tidur di kediaman mereka.

Wanita berusia 33 tahun itu dilaporkan pulang secara mengejut ke rumahnya di Putrajaya pada jam 1 petang kelmarin.

Wanita itu masuk ke dalam bilik tidur dan tidak menyangka apa yang dilihat di depan matany#a itu si suami yang berusia 30 tahun berlaku curang bersama wanita lain di katil mereka.

Akibatnya, wanita itu berang dan berlaku pertengkaran di antara mangsa dan wanita murahan itu sebelum si suami masuk campur dan mengarahkan kekasih gelapnya itu keluar dari rumah.

Mangsa yang juga turut d#imarahi suaminya itu keluar dari rumah dan pualng ke rumah ibu mentuanya di kawasan berdekatan.

Bagaimanapun, lelaki itu turut datang ke rumah ibunya dan menyebabkan berlaku satu lagi pertengkaran. Lelaki itu cuba memukul isterinya dengan sebatang kayu, namun sempat dihalang oleh ibunya sebelum beredar dari kediaman itu.

Bimbang dengan keselamatan di#ri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 untuk tindakan selanjutnya.

Sumber

View the original article here

0 Komentar untuk "HANCUR LULUH HATI ISTERI TEMUI SUAMI CURANG DI RUMAH PUTRAJAYA"
Back To Top