malaynews1. Powered by Blogger.

Hampir Di Tipu Geng Penarik Kereta Di Genting Sempah

Hampir Di Tipu Geng Penarik Kereta Di Genting Sempah: Ini merupakan catatan yang dipetik dari laman FB. Kisah dia dan keluarganya yang hampir ditipu sekumpulan lelaki penarik kereta di Genting Sempah. Banyak perkataan diringkaskan, dan kami cuba memperbaiki sedikit sebanyak tulisan tersebut.

Hampir Di Tipu Geng Penarik Kereta Di Genting Sempah

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa yang tak dapat dilupakan.. Lepas check out dari Bukit Tinggi, kami plan nak terus ke Fraser Hill pulak.. Nak singgah isi minyak, nampak orang juai durian king, tibai dulu walaupon rege rm70 sebijik.. Pastu isi minyak kat Genting Sempah, datang 2 laki india bagitau nak tarik kereta, suami tanya aku kita tak bayar ka?

Aku kata kita bayar dah.. Siap aku tunjuk slip bayaran n suruh india tu call bank.. Tapi india tu tak mau call bank n surat tarik pon dia tak bawak. Bila aku pandang keta depa Myvi tu tak dak no plat depan belakag, aku dah mula cemas, suami aku pon.. Kami ke tepi sikit n depa tak ganjak, pastu depa mai suruh kami jalan jugak2.. Bila kami tak jalan, mai geng depa naik kereta Honda putih pula.. Menambahkan lagi ketakutan keluarga kami..

Depan belakang seolah kami di kepong.. Terus hubby aku call polis.. Sementara nak tunggu polis smpai keta depa duk berlegar sambil perati kami, ya Allah, takotnya masa tu, nak mntak tolong orang ramai pon takot depa ada senjata.. Elok polis sampai, depa selerak.. Polis ajak pi balai buat report.. Hala nk ke balai, aku pandang depa duk tempat parking biasa n ada lagi geng depa naik Waja putih..

Aku dah gelabah nak nangis semua ada walaupon polis ni duk depan mata.. Pastu kami ikut polis n lalu lorong ni, serempak dengan Myvi tak dak no plat tu, polis terus tahan n aku perasan tiba2 no plat ada pulak di belakang n depan takde.. Polis suh dia pi balai n baru kln skit geng dia mai, menambahkan lg ketakotan coz polis 2 org tu ja, depa dah 5,6 orang.. Agak 10 minit depa ngan polis, aku tengok polis ambik ic, hambaq depa..

Pastu mai laki melayu kawan depa jumpa husband aku n merayu sampai nangis mintak jangan report.. Kalau report, depa semua ke dalam sebab rata2 depa ni tengah ada kes.. Aku ngan suami amat2 takot n keliru pon ada.. Pastu india yang mai gertak kami tu pon mai rayu sampai nak cium kaki harap kami tak report.. Polis ni marah depa sebab dah mencetuskan trauma kat kami sampai anak2..

Ya la takot depa samun kami tepi highway ka, bermacam kemungkinan ada niat jahat depa tu.. Bank smpai call bagitau jangan serah keta n report polis sebab keta kami bukan ada surat RO pon.. Agak lama main tarik tali dengan segala ketakotan, trauma, akhirnya suami pakat dengan polis.. Polis tahan depa sementara kami smpai ke satu kawasan yg selamat, baru polis lepas depa.. Bukan apa takot depa follow belakang n buat bukan2..

Dah banyak kes samun kat RNR Genting Sempah n highway.. Suami tak mau report takot depa dendam n cari kami pulak.. Benda nak jadi igauan ngeri.. Sampai Tapah baru call polis bagitau dah rasa lega sikit.. Ya Allah, mujur kami semua selamat n takdak jadi apa2 yang buruk, cuma la aku masih trauma n teringat, aku jadi takot..

Buat kawan2, hati2 ya semua kalau mai orang nak buat tak baik kat kita, ambik tindakan wajar.. Org berniat jahat sanggup buat apa saja kat kita.. Hope benda2 macam ni tak berulang lagi n Allah lindung dari kejahatan..

dipetik dari FB Aishah Mawardah Alias

View the original article here

0 Komentar untuk "Hampir Di Tipu Geng Penarik Kereta Di Genting Sempah"
Back To Top