malaynews1. Powered by Blogger.

Hamboi romantiknya percutian Dato Siti bersama suami kat Turki..





Sebenarnya Murai Batu dah lama teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke Turki, tambah-tam#bah lagi lepas tengok filem `Istanbul, Aku Datang` lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairy tu.

Suasana dan latar belakang bandaraya terbesar di negara Turki dalam filem tu memang menarik.

Keinginan itu ditam#bah lagi dengan keindahan bandar Cappadocia yang menjadi latar belakang utama percintaan Ifti Liyana dan Nazmi dalam filem `Manisnya Cinta Di Cappadocia`.

Perasaan Murai Batu untuk ke sana semakin melonjak bila tengok ramai dikalangan selebriti kita yang telah menjejak kaki ke sana sambil memuatnaik foto di Instagram masing-masing.

Terbaru Murai Batu ten#gok, penyanyi tersohor negara kita iaitu Dato` Siti Nurhaliza adalah antara selebriti terbaru ke Turki. Tambah romantik lagi pemergian Dato` Siti ke sana ditemani suaminya yang tercinta iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).



Kunjungan Dato` Siti ke negara yang merupakan ibu kota kerajaan Islam Uthmaniyyah itu dikongsi menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi laman sosial media Instagramnya, secara berperingkat-peringkat semenjak kelmarin.

Mungkinkah percut#ian ke Turki ini adalah bulan madu terbaru Dato` Siti dan Datuk K ini setelah lebih lapan tahun melayari bahtera rumah tangga?



Selidik punya selidik, rupanya kunjungan Dato` Siti dan Datuk K ke Turki ini adalah untuk penggambaran program Romantika. Program popular Astro ini memaparkan kisah pasangan selebriti ternama tanah air yang berkongsi tentang rahsia kebahagiaan perkahwinan mereka.

Jadi jom kita tengok selek#si gambar percutian mereka yang dimuat naik di Instagram Dato` Siti ini.







Sumber

View the original article here

0 Komentar untuk "Hamboi romantiknya percutian Dato Siti bersama suami kat Turki.."
Back To Top