Hafiz Suip Nafi Hubungan Bermasaalah Dengan Akim | Hafiz Suip menafikan dakwaan mengenai ketidakhadiran penyanyi Akim Ahmad pada majlis pertunangannya berpunca daripada perselisihan faham antara mereka.
Bagaimanapun kata Hafiz, penyanyi lagu 'Mewangi' itu tertinggal penerbangan untuk ke Kuching bagi menghadiri majlis pertunangannya.
"Pada awalnya memang Aril, Hazama dan Akim berjanji untuk datang tetapi Akim ada rakaman pada malam sebelum itu dan habis pula lewat sehingga dia tertinggal kapal terbang keesokan hari.
"Pagi itu, dia menghubungi saya untuk menjelaskan bahawa dia tidak dapat bangun awal untuk penerbangan pagi itu. Dia ada minta maaf kerana tak dapat hadir," ujarnya.
Tambah Hafiz, dia tidak sedikit pun berkecil hati dengan apa yang berlaku malah memahami Akim mempunyai tanggungjawab terhadap kerjanya yang perlu diberikan keutamaan.
"Saya terkejut juga apabila ramai peminat yang sangka kami bergaduh. Bila masa pula kami bergaduh, hubungan kami baik-baik sahaja.
"Saya tidak kisah tentang perkara itu kerana dia ada kerja yang perlu diutamakan, lagi pun dia boleh datang masa perkahwinan nanti," ujarnya.
Hafiz selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang pelajar bernama Nureffy Jasreel Abdullah, 22 , dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak pada 27 Februari lalu.
sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/11/hafiz-suip/

0 Komentar untuk "Hafiz Suip Nafi Hubungan Bermasaalah Dengan Akim"