Doa Johan Asari Untuk Lana Nordin | Johan As'ari mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya Lana Nodin yang akan mengumumkan pasangan hidupnya pada petang Rabu (petang ini).
Kata Johan, sebagai seorang yang pernah mengenali rapat wanita itu, dia gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan mereka akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
"Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya.
"Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat," katanya dengan ikhlas.
Dalam pada itu, Johan berkata, biarpun jodoh mereka tidak kesampaian namun dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.
"Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik.
"Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya.
Sementara itu, Johan berkata, dia akan menghadiri majlis perkahwinan Lana sekiranya wanita itu menjemputnya untuk memeriahkan acara itu nanti.
"Insya-Allah sudah pasti saya akan datang jika dijemput untuk berbuat demikian," katanya.
Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai keadaan ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang diserang penyakit strok (angin ahmar) minggu lalu, Johan berkata, ibunya masih dirawat di Hospital Serdang.
sumber
http://www.mstar.com.my/ hiburan/berita-hiburan/2015/ 03/25/johan-asari-lana/

http://www.mstar.com.my/
0 Komentar untuk "Doa Johan Asari Untuk Lana Nordin"