malaynews1. Powered by Blogger.

Diana Rafar Kekal Positif Selepas Perceraian

Diana Rafar Kekal Positif Selepas Perceraian | Setelah Diana Rafar dan Zamarul nekad mengambil keputusan bercerai talak satu pada Januari lalu, masih ramai peminat mereka yang sayangkan hubungan mereka, malah perkara tersebut turut menyentuh hati Diana Rafar.

Diana Rafar Kekal Positif Selepas Perceraian

Menyifatkan penceraian antara dirinya dan juga bekas suami, Zamarul Hisham sebagai tempoh untuk muhasabah diri, jauh dari sudut hati Diana, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada takdir dan jika pengakhiran adalah positif, Diana hanya menerima.

“Jika mahu cakap bab rujuk semula, saya rasa pihak lelaki lebih hak untuk bersuara. Bagi saya, jika ada rezeki, bersatu balik. Saya terima sahaja qada dan qadar daripada Allah. Doakan yang terbaik buat kami,” kata Diana ketika ditemuramah oleh Melodi.

[Pengakuan] Zamarul Sah Bercerai Dengan Diana Rafar

Selain itu, Diana juga menjelaskan ketika dia berada di dalam situasi sebegini, barulah dia mengerti bahawa peminat yang menyokongnya selama ini betul-betul menyanyanginya kerana ada di antara mereka yang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Sempat menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu ketiga, Diana juga sempat menerangkan bahawa kadang-kadang orang yang kita percayai turut mempunyai agenda terhadap diri kita. Apa-apa pun keputusan yang bakal diambil Diana nanti, diharap semuanya berjalan lancar.

sumber
http://www.rotikaya.com/diana-rafar-ada-rezeki-bersatu-balik/

View the original article here

0 Komentar untuk "Diana Rafar Kekal Positif Selepas Perceraian"
Back To Top