malaynews1. Powered by Blogger.

Bedah Tonsil, Mr Os Semakin Pulih

Bedah Tonsil, Mr Os Semakin Pulih | Pelawak Mr Os semakin pulih selepas dimasukan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.

Antara berita palsu yg tersebar di media sosial
Mr Os ketika dihubungi pihak media berkata, dia kini semakin sihat selepas membuat pembedahan penyakit itu.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi tidak benar di media-media sosial mengatakan pelawak itu meninggal dunia.

"Saya telah dimasukkan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami.

"Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar supaya penyakit itu benar-benar pulih," katanya pada hari Rabu.

Jelas Os, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza.

"Saya harus berpindah-randah dari hospital Selayang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kerana setiap hospital mempunyai pakar yang berbeza," katanya yang kini tinggal di Gombak, Selangor bersama keluarga.

Sementara itu, Os berkata, dia berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya agar kembali sihat seperti sedia-kala.

"Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahtera saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa," katanya yang keluar hospital Selayang Sabtu lalu.

Sementara itu mengenai kerjanya sebagai pemandu teksi Os berkata, dia akan meneruskan kerjayanya itu apabila penyakitnya benar-benar pulih.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/26/mr-os-tonsil/

View the original article here

0 Komentar untuk "Bedah Tonsil, Mr Os Semakin Pulih"
Back To Top