malaynews1. Powered by Blogger.

Bapa Redha Keputusan Mahkamah

Bapa Redha Keputusan Mahkamah | Walaupun masih bersedih dengan kematian tiga anak dalam sekelip mata, Rusdi Rani, 40, bapa kepada tiga beradik yang menjadi mangsa bunuh pada November 2013 reda dengan apa juga keputusan mahkamah.

Bapa Redha Keputusan Mahkamah

Kata Rusdi ketika dihubungi hari ini, dia akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menerima pengakuan salah tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd Faridul, 20, terhadap pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian anak sulungnya, Noor Syafikah Nadia, 14.

“Jika ikutkan hati, saya mahu pembunuh anak saya juga dihukum mati kerana kematian tiga anak perempuan saya secara se­rentak dua tahun lalu memberi kesan mendalam terhadap kehidupan saya dan isteri,” katanya yang kini menetap di Kampung Baru Tokdor di Kuala Terengganu, Terengganu.

Menurutnya, kematian tiga anaknya iaitu Noor Syafikah Nadia serta dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, memberi kesan mendalam kepada emosi isterinya, Siti Aishah Ariffin, 42.

“Tidak lama selepas kejadian kami terus berpindah ke Terengganu kerana tidak mahu terus dibayangi tiga arwah anaknya itu.

“Paling teruk isteri saya kerana dia sekarang lebih gemar mendiamkan diri dan setiap kali teri­ngatkan arwah, dia akan memeluk pakaian dan anak patung milik anak-anaknya itu sambil mena­ngis,” jelasnya.

Kematian 3 Beradik: Remaja Ini  Terlepas Hukuman Mati

Tambahnya, isterinya ada mem­beritahu tentang dia bermimpi berjumpa arwah tiga anaknya itu pada bulan lalu dan sejak itu emosinya semakin terganggu.

Salah seorang mereka berkata “Mama jangan lupa along, angah dan adik, mama kena ingat selalu”.

“Apa yang saya dan isteri alami sangat dahsyat, bayangkan tiga anak perempuan yang kami sayang hilang sekelip mata dan kini hidup kami sunyi tanpa anak. Jadi, saya berharap penjenayah itu dijatuhkan hukuman setimpal,” ujarnya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/bapa-akur-keputusan-mahkamah-1.73985

View the original article here

0 Komentar untuk "Bapa Redha Keputusan Mahkamah"
Back To Top