Aziz Singah Kini Stabil | Datuk Aziz Singah yang kini menjalani rawatan kanser prostat di Hospital Selayang disahkan berada dalam keadaan stabil.
Isterinya, Datin Zunita Mohamed yang dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan Aziz sedang menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan sementara menunggu tarikh pembedahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 April depan.
“Alhamdulillah, Datuk berada dalam keadaan stabil ketika ini. Sebelum ini berlaku pendarahan juga dan itu membimbangkan.
“Sebenarnya sudah 12 hari Datuk ditahan di wad dan keadaan dia beransur okey sementara menunggu rawatan besar 1 April depan,” katanya.
Semalam, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) memaklumkan kepada Harian Metro bahawa Aziz, 73, kini terlantar di hospital berkenaan sejak 13 Mac lalu kerana menghidap kanser prostat.
Kelmarin, yayasan berkenaan menerusi Presidennya, Datuk DJ Dave datang menziarahi pelakon itu dan menyerahkan sumbangan RM2,000.
Aziz Singah Hidap Kanser Prostat
Pelakon yang popular dengan drama bersiri PJ Holding dan Si Capik itu dijadualkan menjalani rawatan kanser pada 1 April depan.
Tambah isterinya, pihaknya juga tidak bersedia untuk berkongsi status sebenar kanser suaminya atas permintaan doktor.
“Minta maaf saya tidak dapat berkongsi sebab doktor tidak dedahkan peringkat sebenar kanser yang dialaminya.
“Dia akan terus ditahan di sini sampai 1 April dan mungkin selepas itu kena tunggu dua atau tiga hari lagi untuk pemantauan.
“Insya-Allah kalau tak ada apa-apa masalah, Datuk dibenarkan keluar selepas itu,” katanya.
Sementara itu, pelakon senior Zulkifli Ismail memetik status Facebook miliknya turut mendoakan agar Aziz segera sembuh selepas menjalani pembedahan pada 1 April nanti.
“Sama-samalah kita doakan semoga Datuk akan segera sembuh dan pulih seperti biasa,” tulisnya dalam status berkenaan, kelmarin.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/39172

0 Komentar untuk "Aziz Singah Kini Stabil"