malaynews1. Powered by Blogger.

Seorang Lagi Sahabat Seperjuangan Ustaz Lotfi Terbunuh

Seorang Lagi Sahabat Seperjuangan Ustaz Lotfi Terbunuh | Konflik militan di Syria membabitkan warga Malaysia bertambah apabila seorang lagi warga Malaysia, Abdul Samad Shukry Mohamad dilaporkan terbunuh. 

Seorang Lagi Sahabat Seperjuangan Ustaz Lotfi Terbunuh

Bekas ahli Jemaah Islamiyah, berusia 55 tahun yang lebih dikenali sebagai Abu Aisyah, yang cedera dalam satu serangan oleh tentera Syria lima bulan lalu, meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya. 

"Dia pergi ke Syria pada 1 Februari tahun lalu. Lima bulan yang lalu, dia cedera selepas dibom dalam satu serangan oleh tentera Assad (tentera Syria). Biarpun terselamat dalam kejadian tersebut, dia mengalami kecederaan parah di bahagian kaki. 

"Mangsa dipercayai telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Turki namun dia meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan yang dijalankan," menurut sumber. 

Abu Aisyah merupakan mangsa keenam warga Malaysia yang dilaporkan  terbunuh dalam konflik di Syria. 

[Video] Jenazah Ustaz Mohd Lotfi Ariffin Selamat Di Kebumi

Ramai yang menyampaikan ucapan takziah sebaik berita kematian Abu Aisyah tersebar di laman sosial. 

Dalam satu entri di laman Facebook, seorang rakan Abu Aisyah yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan mangsa sebagai seorang yang sanggup mengorbankan nyawa demi agamanya. 

Seorang Lagi Sahabat Seperjuangan Ustaz Lotfi Terbunuh

"Dia meninggal dunia akibat pembedahan selepas sekian lama mengalami kecederaan serius di bahagian kaki ketika dibom dalam satu serangan di Arzay kira-kira lima bulan lalu.  

"Abu Aisyah merupakan sahabat baik kepada Ustaz Mat (Mohd Lotfi Ariffin) yang tiba bersama-samanya di Syria," katanya. 

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/02/26/militan-warga-malaysia-terbunuh/

View the original article here

0 Komentar untuk "Seorang Lagi Sahabat Seperjuangan Ustaz Lotfi Terbunuh"
Back To Top