Nik Abduh Mohon Orang Ramai Ikut Sunah Nabi Ketika Ziarah Pusara Ayahnya | Anak Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.
Beliau berkata orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.
"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.
"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka.
Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin "kononnya" terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.
Tinjauan pihak media di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu.
sumber
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/nik-aziz-ikut-sunah-nabi-ketika-ziarah-pusara-ayah-nik-abduh-53941

0 Komentar untuk "Nik Abduh Mohon Orang Ramai Ikut Sunah Nabi Ketika Ziarah Pusara Ayahnya"