malaynews1. Powered by Blogger.

KISAH BENAR Penempatan JIN TANAH Di Gunung Nuang Selangor Yang Kita Semua Tidak Tahu !!!




SELAIN Gunung Ledang di Johor, Tebu (Terengganu) dan Stong (Kelantan), Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor juga tersenarai antara gunung yang dianggap ‘keras’ di negara ini....

S2 menemui Nor Fazli Abdul Aziz, 48, petugas penyelenggaraan Pejabat Hutan Selangor Tengah yang berpengalaman lebih enam tahun menjadi penunjuk arah (guide) di gunung setinggi 1,493 meter itu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Along berkata, selain mendengar kisah-kisah yang diceritakan pendaki, beliau sendiri pernah beberapa kali mengalami pengalaman aneh di gunung berkenaan.

Antara peristiwa tidak dapat dilupakan beliau adalah gangguan ‘jin tanah’ yang berlaku semasa beliau dan rakannya mengiringi kumpulan pendaki dari Putrajaya kira-kira dua tahun lalu.

Beliau berkata, kejadian berlaku di Kem Lolo semasa kawannya sedang memasak air selepas mereka mendirikan khemah di kem yang terletak kira-kira enam kilometer dari kaki gunung itu.

“Mulanya saya pesan pada dia supaya tidak hidupkan api sebab waktu Maghrib. Sekadar ikut pantang larang orang tua.

“Tapi dia tak endahkan saya. Dia terus hidupkan api tidak berapa jauh dari khemah,” katanya ketika ditemui di kaki Gunung Nuang, baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu katanya, beliau yang sedang berehat di tepi khemah dikejutkan oleh kemunculan rakannya dengan muka pucat penuh ketakutan.


SAMBUNGAN CERITA DISINI

View the original article here

0 Komentar untuk "KISAH BENAR Penempatan JIN TANAH Di Gunung Nuang Selangor Yang Kita Semua Tidak Tahu !!!"
Back To Top