malaynews1. Powered by Blogger.

Jep Sepah Saman Akhbar Isu Mengamuk Kalah MLM2014

Jep Sepah Saman Akhbar Isu Mengamuk Kalah MLM2014 | Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan beberapa minggu lalu, nama pelawak Jep Sepahtu sekali lagi hangat dek dakwaan konon-kononnya dia mengamuk selepas tidak diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Jep Sepah Saman Akhbar Isu Mengamuk Kalah MLM2014

Menurut dakwaan tersebut, Jep dikatakan bertindak memaki-hamun kru yang berada di belakang pentas sebaik sahaja nama Zero diumumkan sebagai juara MLM2014.

Jep dilaporkan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati atas kemenangan kumpulan lawak yang dianggotai oleh tiga orang anak muda dari Sabah itu.

Tuduhan lain terhadap Jep turut menyebut bahawa pelawak yang berasal dari Johor itu mengugut akan mencari orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga dia dan Shuib tewas pada malam final MLM2014.

Jawapan Jep Sepahtu ketika ditemui media di Majlis Anugerah MeleTOP Era, Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut Jep, cerita yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut merupakan fitnah. Tambah Jep, apa yang dinyatakan dalam ruangan pojok tersebut ternyata bertentangan dengan situasi sebenar pada malam berkenaan. Ekoran itu, Jep juga telah mendapatkan nasihat peguam untuk sebarang tindakan lanjut.

"Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa yang sama bersyukur dengan kemenangan kami.

"Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal.

Dakwaan yang dianggap sangat keterlaluan ini menjadi punca Jep membawa kes itu ke muka pengadilan.

"Saya berbuat demikian untuk menyelesaikan isu ini. Saya tidak mahu nama saya terus disebut-sebut melakukan perkara yang tidak benar. Biasanya, saya hanya berdiam diri, namun kali ini, saya anggap ia keterlaluan.

"Saya hanya diberitahu akhbar terbabit sudah menerima surat tersebut. Selebihnya, saya serahkan pada peguam saya.

"Tamat sahaja MLM2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut.

"Saya sendiri tidak pasti. Jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya, mengapa mereka perlu bercakap perkara yang tidak benar? Lebih baik berterus-terang daripada mereka-reka cerita. Ini fitnah.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

View the original article here

0 Komentar untuk "Jep Sepah Saman Akhbar Isu Mengamuk Kalah MLM2014"
Back To Top