[8 Gambar] 4 Gudang Simpan toksid Kualiti Alam Terbakar di Sendayan | Empat gudang penyimpanan toksid milik Kualiti Alam Sdn Bhd di Sendayan, terbakar petang tadi.
Kebakaran yang dipercayai berlaku 1.30 petang itu menyebabkan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2 dikejarkan ke lokasi kejadian.
Jurucakap bomba berkata, seramai 22 pegawai dan anggota termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) membantu memadamkan kebakaran.
"Pasukan bomba kini sedang berusaha memadamkan kebakaran dan mengawal api dari merebak.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Difahamkan, asap tebal menyelubungi kawasan Sendayan ekoran kebakaran yang membabitkan bahan toksid.
Beberapa gambar telah disebar dimedia sosial seperti wasap dengan menyatakan orang ramai perlu menjauhi tempat tersebut sekurang-kurangnya dalam jarak 2 kilometer kerana asapnya yang berbahaya.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/33499#sthash.MVed8N8K.dpuf

0 Komentar untuk "[8 Gambar] 4 Gudang Simpan toksid Kualiti Alam Terbakar di Sendayan"