malaynews1. Powered by Blogger.

Kuasa Allah Ibu Buta Dapat Lihat Anaknya (RAKAMAN DETIK MANIS)

 



Satu klip video yg menunjukkan seorang ibu yg buta tetapi tidak sepenuhnya di Kanada melihat bayi yg baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas yg dapat meningkatkan penglihatan.

Video yg disiarkan di YouTube itu menunjukkan Kathy Beitz, 29, sedang melihat bayi lelakinya yg baru lahir dengan bantuan set tersebut yg diikat di kepala.

“Untuk bayi pertama yg saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu,” kata Beitz dalam video popular itu.

Beitz mempunyai genetik degenerasi makula dikenali sebagai penyakit Stargardt.

Dia dapat melihat anaknya dengan bantuan cermin mata eSight dalam masa nyata.

Imej-imej yg dipertingkatkan membolehkan orang-orang yg tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

“Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta,” kata kakak Beitz, Yvonne Felix yg menyiarkan video itu. – MYNEWSHUB.CC



Tag : anak, buta, Dapat, ibu, Lihat, Video
0 Komentar untuk "Kuasa Allah Ibu Buta Dapat Lihat Anaknya (RAKAMAN DETIK MANIS)"
Back To Top