malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS!!Walaupun Hamil, Nurul Wahab Tetap Melakukan Persiapan Konsert


Penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’, Nurul Wahab kini sedang giat melakukan persiapan untuk melakukan konsert solonya yg bakal menjelang tiba. Walaupun sedang sarat hamil lapan bulan, Nurul masih giat mengadakan persiapan.

"Walaupun saya sudah berhenti mengambil tawaran persembahan kerana menunggu hari bersalin, tetapi kerja saya masih berjalan. Saya melakukan persiapan untuk mengadakan konsert kerana tahun 2015 ini merupakan tahun ke 20 pembabitan saya dalam industri muzik."

"Saya kena bermula dari sekarang kerana selepas melahirkan cahaya mata kelak, saya akan kembali aktif menyanyi. Tak kisah kalau saya penat sedikit, tetapi semuanya untuk diri sendiri dan juga peminat saya di luar sana," ujar Nurul kepada GUA.



Mahukan sebuah konsert yg dekat dengan peminat, Nurul menganggap ini sebagai salah satu cara penghargaan untuk peminatnya yang menyokong kerjaya seninya semenjak dia mula menjejakkan kaki ke dalam dunia hiburan sehingga ke hari ini.

“Lagu sudah saya senaraikan, senarai pemuzik juga telah ada. Kini saya dalam proses untuk mencari penaja dan untuk mengesahkan tempat konsert sahaja. Saya harap semuanya akan berjalan lancar. Kalau boleh saya mahu adakan konsert dengan ‘intimate’ kerana ianya lebih dekat dengan peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni saya,” katanya ketika ditemui di Karnival Mega Sale 2014 di Stadium Malawati, Shah Alam pada hujung minggu lalu.

Sertai Karnival Mega Sale 2014

Dalam karnival kolaborasi Tempatan Fest dan Propaganda Fest, Nurul menjual koleksinmya sendiri yang diberi nama Newrules Collection.

“Saya melakukan penghabisan stok untuk koleksi kasut, baju kurung Pahang dan kain ela yang dilakukan untuk menjahit baju kurung Pahang koleksi saya sendiri. Saya juga ada menjual ‘water ionizer’ di sini, produk milik suami saya kerana produk yang dijual adalah yang termurah di pasaran,” katanya.



Sarat hamil lapan bulan, Nurul tetap turun padang bertemu peminat di karnival tersebut. Kesempatan yg diperoleh Nurul gunakan untuk bertemu dengan peminatnya.

“Saya datang kerana tanggungjawab. Ini merupakan kali pertama saya mengikuti karnival seumpama ini. Pihak penganjur menjemput saya dan saya rasakan tidak elok jika saya menghampakan penganjur yang menjemput dan peminat yang ingin melihat saya menjual sendiri barangan saya. Saya juga ambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan peminat secara lebih dekat,” ujarnya mengakhiri perbualan.



Dalam karnival yang sama, GUA menjadi media rasmi bersama dengan portal video Tonton dan Tonton Music. Diadakan pada 27 dan 28 Disember 2014 lalu, ianya dimeriahkan dengan 150 vendor dan melibatkan hampir 30 orang artis.

Sumber artikel: gua.com.my

 

0 Komentar untuk "ARTIS!!Walaupun Hamil, Nurul Wahab Tetap Melakukan Persiapan Konsert"
Back To Top